mY wOrDs

## aPpreciATe wHo & wHaT aROunD uRsELf ##

Tuesday, November 18, 2008

rainy day

cuaca kembali sejuk dengan kehadiran ujan yang x henti2 nih...dah banyak ari x ujan sejak datuk aku meninggal...datuk aku baru je dibakar mengikut upacara kaum thai tengah hari semalam...beliau pergi dengan tenang...aku sebagai cucunya berdoa agar datuk ditempatkan di kalangan roh yang beriman dan di tempat yang tenang...biar kami yang masih bernyawa di dunia ini meneruskan kehidupan kami...sathuk!!!!!
beliau meninggal pada jumaat (14 nov 2008) pukul 1.06pagi. time tu aku kat terengganu. umah abang tunang aku. aku sedih la sebab x sempat hendak berada disampingnya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. jadi aku hanya mampu tolong melancarkan majlis penghormatan terakhir untuknya. orang thai ni akan simpan jenazah sebanyak beberapa hari untuk sanak sedara menziarahi buat kali terakhir kemudian baru dibakar mengikut agama.
macam-macam ragam dapat dilihat pada kelima-lima hari tersebut. time tu boleh la kita tengok sapa yang akan menziarahi jenazah. sapa yang akan menolong pada majlis tersebut. sebab majlis ni kita x menjemput, jadi hanya orang yang ikhlas je yang akan hadir.
even sedara yang dah convert ke islam pun still datang menziarahi datuk. jadi bagi aku tiada kebatasan agama untuk menghormati seseorang buat kali terakhir. even aku pun penah pergi ke pengebumian kawan baik yang beragama Islam. aku berdoa untuk kawan aku tu mengikut agama aku kerana aku x tahu berdoa dalam agamanya. bagi aku setiap agama sama saja iaitu untuk menjadikan seseorang manusia itu baik. jadi bagi aku tiada sempadan dalam hidup di dunia ni. hanya antara nak atau x nak aja yang memisahkannya...

1 comment:

♂ iDa hArYaNniE ♂ said...

wa sedih la ak..takziah ak ucapkan..
ak pn bdoa smg roh atuk hg ditempatkn di kalangan org yg beriman...