mY wOrDs

## aPpreciATe wHo & wHaT aROunD uRsELf ##

Monday, December 15, 2008

engagement photoshoot



ni pic aku semasa photoshoot gambar tunang kat naga emas. ni aku tangkap guna nokia aku je. make up dan hair setup dia memang cantik. cuma service je kurang sikit. kan aku juz pakej tunang. murah je. rm280. mestilah dia kurang layan. baik dia layan customer yang bagi duit beribu kat dia kan? apa2 pun janji dia buat cantik pic aku nanti. another 2 weeks tobe ready. kedai bagi due 3 weeks. aku p tangkap pic ni last week on saturday ( 6 december). tunang aku yang bising sangat pasal service ni. aku jenis apa2 pun boleh janji jangan menyusahkan aku. tunang aku dia x suka kalau dilayan x elok sebab dia kata duit kita yang bayar. so sebagai customer kita berhak dapat layanan bagus. memang la betul cakap dia but orang kedai tu pun manusia juga. mesti ada mood kan. aku buat x tau je la. janji hasil dia ok dah la ya..so after this x payah kita p kedai dia lagi kalau kita x puas hati kan..

semalam aku p kedai khun nai araya kat padang besar dengan my mum. situ memang bagus service dia. ingat nak p survey baju. tiba2 tuan kedai minta tolong aku translate dia punya flyer dari bahasa thai ke bahasa melayu. aku buat je la. lagipun pakej dia memang murah dan berkualiti la. dah la dekat dengan umah. aku siap dah tempah baju traditional thai kat kedai dia. color brown greenish. susah nak describe color dia. aku kan chubby so kena tempah la..nnt x sempat kurus on wedding day ke..x ke naya nnt..x da baju kawin..hahahhaa...baju thai ni sewa rm350.kalau nak amik terus rm450. aku rasa baik sewa je sebab nanti nak pakai p mana kan???baju gown pun boleh tempah kalau kita nak..so kita akan jadi first user baju tu la. bagus betul..aku pun jadi pening nak gown cmna. aku bukan pandai sangat bab2 camni.kalau baju first user kita kena tambah duit sikit la. sebab dia kedai baru so boleh la buat camtu kan..collection baju dia x banyak lagi...dah la dekat je dengan umah. untuk wedding aku pilih kedai ni la kot. x jadi la p penang, kan jauh. kalau dulu kja kulim tu dekat la. pakej specification pun kita boleh tentukan. maksudnya nak frame atau album cmna juz bgtau. then depa akan bgtau harga..memang mcm kita jd wedding planner sendiri..best siot..so sekarang aku kena cari design untuk gown je la..

dah la boleh contact org kedai by email. memang bagus la service dia...website dia pun ada. www.arayawedding.com. masuk la kalau ada sapa2 berminat...

Monday, December 1, 2008

first of december 2008

new month again and it will be the last month for year 2008.......30 days to reach new year of 2009....
rindunya aku untuk menulis blog..aku x sempat nak tulis...ni baru aku ada masa untuk tulis...
sibuk ke sana sini...last wed aku p umah tunang aku. aku p tdo sna. sebab kami nak p kenduri wan keesokan harinya. first time tdo sna as his tunang..hehehe...berdebar2 juga..takut x serasi..
esoknya kami kuar dr umah dia pkl1 ptg. smpai umah nern pkl 2 cmtu la. saja p umah depa lama x p dan nak bagi kad new year yang aku buat tu. lepak sana sampai pkl 3 then p umah p nung. sempat makan laksa sementara tunggu pendek untuk ke kenduri wan. bila pendek mai umah kami kuar untuk p umah kenduri wan. tiba2 pendek kata abang wan yang kawin bukan wan. alangkah terkejutnya aku dengan tunang aku..kesian dia kena tipu hidup2..dah la balik dari terengganu nuh....wan fon dia bagitau dia sendiri yang nak kawin...kami x jadi la p kenduri tuh..dah pukul 5..depa dah siap cuci periuk dah kot..hahahaha....so aku dengan tunang p sunway carnival je la...p jalan2..nak tengok wayang tapi dah janji kfc dengan anak2 sedara dia so kna balik awal la...
kejap je masa berlalu..p phat nak balik sana dah. kami sama2 bertolak kuar dari umah pukul 130pm cuma arah yang berlainan la. aku p begia dia balik terengganu. aku p umah p tek. aku sembang dengan mak dia je..nak panggil mak tapi x terkeluar..still panggil pa..hehehehe...lepas sembang dengan pa aku p kedai bon. ingat nak amik bekas camera but ada kat noon pula. noon pula p buat fair kat jitra. lain kali je la amik. sambil2 bon dok sibuk aku p ALAMODA p tengok kain untuk dress pengantin aku but aku x tau pilih kain..so better nanti aku bawa mak p pilih..aku duk lepak sembang sambil download apa yang patut sampai pukul 830pm bru bertolak balik..aku drive sampai umah pukul 1000pm..kira ok lah tu..1 jam setengah..140km...aku rush ingt nk tgk tv tapi ayah aku tgk tv belakang so x dpt la aku tgk tv siam malam ni..
the next day aku p lepak umah yai je..p ya ada..p phon x jadi balik....
semalam dengan ari ni aku duk umah je..malas nak kuar p mana..asyik ujan je...aku abiskan majalah cosmopolitan aku dan clear all the inbox and updates my website ...ni aku anta peraduan majalah cosmopolitan pula...kot2 menang pula kali ni..ari tu aku dapat nail color by OPI. farah yang tolong amik kat aku kat opis cosmopolitan...
dah la cita secara ringkas semasa aku x da masa nak tulis kat blog ni...so after this aku cita lagi apa2 yg best ok...daaa....

Tuesday, November 25, 2008

251108 - oNe DaY oF mY HoLiDaY




seawal 730am aku dikejutkan dengan panggilan daripada p tek. still blur2 aku time tu. x pasti samada realiti ke mimpi. x sangka dia fon aku awal. aku tdo pukul 230am dah semalam..huhuhu...then aku offerlah untuk p amik dia kat ABM (akademi binaan malaysia) kat sintok. dia datang teman p vit amik test amali sijil AO. aku sampai kat ABM dekat pukul 1000am dah. then kami p makan mee kat jejawi.

pukul 1130am, dah kenyang kami p umah p nie untuk melawat baby girl dia. aku ada amik gambar anak dia but blur sebab kalut nak amik. so x nak publish la..time tu kami nak balik dah. marsha (anak p nie) asyik tdo je sepanjang kami ada kat sana so x sempat la nak bergambar. p vit samapi umah p nie pukul 330pm dah. kami sembang sampai pukul 415pm pastu baru kuar p umah aku. aku fon la bau v ajak dia p padang besar sekali dengan kami. p makan2 sempena birthday p vit yang ke 27. HAPPY BIRTHDAY P VIT.... sori takda hadiah apa pun..juz a wish...

sampai kat padang besar sebelah thailand pukul 530pm dah. kami terus p kedai HO FAH RESTAURANT. lapar sebab makan pagi tadi je. kedai tu yang opposite dengan 7 eleven tu. pic first tu p tek dengan p vit then baru pic bau v dengan aku. gambar aku gelap sebab background belakang aku cerah. lagipun aku lupa buka flash.hehehe... ok lah tu. janji nampak. malas nak amik banyak2 kali....kami makan phat phet daging, siakap stim limau, kangkung goreng dan telur dadar. boleh la tahan rasanya sebab lapar sangat kot. semua licin dibaham kami...
then aku bawa p tek jalan2 area kedai baju kat area bata tu. kami juz beli makanan ringan. aku beli untuk family my fiance. aku plan nak p tengok abang dia. abang dia x sihat. so beli untuk anak2 sedara dia. orang sakit nanti kena belikan milo atau susu je la. benda lain mesti x boleh makan. lagipun takut x sesuai lak..x tau lagi nak p ari apa. tengoklah nanti..
esok x tau ujan x..kelas menjahit aku x mula lagi nih...mak aku dah tanya tadi. esok aku kena p la. so aku kena mula. nanti apa pula kata mak aku....aku bgtau dia isnin tapi isnin ujan x benti. keta x da. pho amik p kangar. ari ni pula p tek datang so lepak dengan depa. bukan selalu dia datang. so macam mana pun esok kena start. hopefully esok x da aral melintang..wish me luck!!!!huhuhuhu....
dah lah ya..dah thailand drama prime time ni..kena p book tempat depan tv dah....

Monday, November 24, 2008

my new bedsheet

cantik x my new bedsheet???rasa macam kontra je dengan personaliti aku...romantic sangat aku rasa bedsheet ni. tapi bedsheet ni paling cantik kat wang kelian yang aku nampak. lagipun corak yang paling simple. yang lain semua warna warni. kurang minat lak. yang cantik pun semua gambar bear..terlalu comel sangat pula..rasa tenang je bila pandang bedsheet ni. rasa macam bilik aku cantik sangat..ceewahh...
aku p wang kelian semalam dengan family aku. kami masuk p makan kat satun. ok lah kedai tu. restaurant 'nok nam resort' yang bermaksud 'burung air resort'. pesan keng som ikan siakap, siakap 3 rasa dengan kerabu kkacang botol. pastu take away lagi. tapi aku enjoy makanan sampai lupa amik gambar. hehehe...kalau x mesti dah ada kat blog aku ni..

rak 3 sao (cinta 3 penjuru)

'rak 3 sao' ni filem thailand yang aku baru tengok petang tadi. ok lah cita dia. ayat yang aku suka 'mea khon thi khun rak klai pen khon rak khong phean thi khun rak thi sut' iaitu ' orang yang anda cintai adalah orang yang dicintai oleh kawan tercinta anda'. pening juga kalau jumpa situasi camni. boleh menangis dibuatnya....
kalau aku jadi pompuan tu aku rasa aku sanggup melepaskan dia kepada kawan baik aku juga. kebahagiaan kawan kebahagiaan kita juga. walaupun pedih tapi berkorban lebih baik daripada merampas kan???jadi situasi camni yang boleh membuatkan kita hilang kawan atau kekasih. tapi lebih baik hilang kekasih daripada hilang kawan sebab hubungan persahabatan will never ends tapi hubungan cinta bila2 pun boleh end. jika kita pilih kekasih dan hubungan cinta putus di tengah jalan, kawan pun hilang..kekasih pun dah lari..keseorangan lah kita akhirnya..huhuhu....

Tuesday, November 18, 2008

rainy day

cuaca kembali sejuk dengan kehadiran ujan yang x henti2 nih...dah banyak ari x ujan sejak datuk aku meninggal...datuk aku baru je dibakar mengikut upacara kaum thai tengah hari semalam...beliau pergi dengan tenang...aku sebagai cucunya berdoa agar datuk ditempatkan di kalangan roh yang beriman dan di tempat yang tenang...biar kami yang masih bernyawa di dunia ini meneruskan kehidupan kami...sathuk!!!!!
beliau meninggal pada jumaat (14 nov 2008) pukul 1.06pagi. time tu aku kat terengganu. umah abang tunang aku. aku sedih la sebab x sempat hendak berada disampingnya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. jadi aku hanya mampu tolong melancarkan majlis penghormatan terakhir untuknya. orang thai ni akan simpan jenazah sebanyak beberapa hari untuk sanak sedara menziarahi buat kali terakhir kemudian baru dibakar mengikut agama.
macam-macam ragam dapat dilihat pada kelima-lima hari tersebut. time tu boleh la kita tengok sapa yang akan menziarahi jenazah. sapa yang akan menolong pada majlis tersebut. sebab majlis ni kita x menjemput, jadi hanya orang yang ikhlas je yang akan hadir.
even sedara yang dah convert ke islam pun still datang menziarahi datuk. jadi bagi aku tiada kebatasan agama untuk menghormati seseorang buat kali terakhir. even aku pun penah pergi ke pengebumian kawan baik yang beragama Islam. aku berdoa untuk kawan aku tu mengikut agama aku kerana aku x tahu berdoa dalam agamanya. bagi aku setiap agama sama saja iaitu untuk menjadikan seseorang manusia itu baik. jadi bagi aku tiada sempadan dalam hidup di dunia ni. hanya antara nak atau x nak aja yang memisahkannya...