mY wOrDs

## aPpreciATe wHo & wHaT aROunD uRsELf ##

Tuesday, November 25, 2008

251108 - oNe DaY oF mY HoLiDaY




seawal 730am aku dikejutkan dengan panggilan daripada p tek. still blur2 aku time tu. x pasti samada realiti ke mimpi. x sangka dia fon aku awal. aku tdo pukul 230am dah semalam..huhuhu...then aku offerlah untuk p amik dia kat ABM (akademi binaan malaysia) kat sintok. dia datang teman p vit amik test amali sijil AO. aku sampai kat ABM dekat pukul 1000am dah. then kami p makan mee kat jejawi.

pukul 1130am, dah kenyang kami p umah p nie untuk melawat baby girl dia. aku ada amik gambar anak dia but blur sebab kalut nak amik. so x nak publish la..time tu kami nak balik dah. marsha (anak p nie) asyik tdo je sepanjang kami ada kat sana so x sempat la nak bergambar. p vit samapi umah p nie pukul 330pm dah. kami sembang sampai pukul 415pm pastu baru kuar p umah aku. aku fon la bau v ajak dia p padang besar sekali dengan kami. p makan2 sempena birthday p vit yang ke 27. HAPPY BIRTHDAY P VIT.... sori takda hadiah apa pun..juz a wish...

sampai kat padang besar sebelah thailand pukul 530pm dah. kami terus p kedai HO FAH RESTAURANT. lapar sebab makan pagi tadi je. kedai tu yang opposite dengan 7 eleven tu. pic first tu p tek dengan p vit then baru pic bau v dengan aku. gambar aku gelap sebab background belakang aku cerah. lagipun aku lupa buka flash.hehehe... ok lah tu. janji nampak. malas nak amik banyak2 kali....kami makan phat phet daging, siakap stim limau, kangkung goreng dan telur dadar. boleh la tahan rasanya sebab lapar sangat kot. semua licin dibaham kami...
then aku bawa p tek jalan2 area kedai baju kat area bata tu. kami juz beli makanan ringan. aku beli untuk family my fiance. aku plan nak p tengok abang dia. abang dia x sihat. so beli untuk anak2 sedara dia. orang sakit nanti kena belikan milo atau susu je la. benda lain mesti x boleh makan. lagipun takut x sesuai lak..x tau lagi nak p ari apa. tengoklah nanti..
esok x tau ujan x..kelas menjahit aku x mula lagi nih...mak aku dah tanya tadi. esok aku kena p la. so aku kena mula. nanti apa pula kata mak aku....aku bgtau dia isnin tapi isnin ujan x benti. keta x da. pho amik p kangar. ari ni pula p tek datang so lepak dengan depa. bukan selalu dia datang. so macam mana pun esok kena start. hopefully esok x da aral melintang..wish me luck!!!!huhuhuhu....
dah lah ya..dah thailand drama prime time ni..kena p book tempat depan tv dah....

Monday, November 24, 2008

my new bedsheet

cantik x my new bedsheet???rasa macam kontra je dengan personaliti aku...romantic sangat aku rasa bedsheet ni. tapi bedsheet ni paling cantik kat wang kelian yang aku nampak. lagipun corak yang paling simple. yang lain semua warna warni. kurang minat lak. yang cantik pun semua gambar bear..terlalu comel sangat pula..rasa tenang je bila pandang bedsheet ni. rasa macam bilik aku cantik sangat..ceewahh...
aku p wang kelian semalam dengan family aku. kami masuk p makan kat satun. ok lah kedai tu. restaurant 'nok nam resort' yang bermaksud 'burung air resort'. pesan keng som ikan siakap, siakap 3 rasa dengan kerabu kkacang botol. pastu take away lagi. tapi aku enjoy makanan sampai lupa amik gambar. hehehe...kalau x mesti dah ada kat blog aku ni..

rak 3 sao (cinta 3 penjuru)

'rak 3 sao' ni filem thailand yang aku baru tengok petang tadi. ok lah cita dia. ayat yang aku suka 'mea khon thi khun rak klai pen khon rak khong phean thi khun rak thi sut' iaitu ' orang yang anda cintai adalah orang yang dicintai oleh kawan tercinta anda'. pening juga kalau jumpa situasi camni. boleh menangis dibuatnya....
kalau aku jadi pompuan tu aku rasa aku sanggup melepaskan dia kepada kawan baik aku juga. kebahagiaan kawan kebahagiaan kita juga. walaupun pedih tapi berkorban lebih baik daripada merampas kan???jadi situasi camni yang boleh membuatkan kita hilang kawan atau kekasih. tapi lebih baik hilang kekasih daripada hilang kawan sebab hubungan persahabatan will never ends tapi hubungan cinta bila2 pun boleh end. jika kita pilih kekasih dan hubungan cinta putus di tengah jalan, kawan pun hilang..kekasih pun dah lari..keseorangan lah kita akhirnya..huhuhu....

Tuesday, November 18, 2008

rainy day

cuaca kembali sejuk dengan kehadiran ujan yang x henti2 nih...dah banyak ari x ujan sejak datuk aku meninggal...datuk aku baru je dibakar mengikut upacara kaum thai tengah hari semalam...beliau pergi dengan tenang...aku sebagai cucunya berdoa agar datuk ditempatkan di kalangan roh yang beriman dan di tempat yang tenang...biar kami yang masih bernyawa di dunia ini meneruskan kehidupan kami...sathuk!!!!!
beliau meninggal pada jumaat (14 nov 2008) pukul 1.06pagi. time tu aku kat terengganu. umah abang tunang aku. aku sedih la sebab x sempat hendak berada disampingnya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. jadi aku hanya mampu tolong melancarkan majlis penghormatan terakhir untuknya. orang thai ni akan simpan jenazah sebanyak beberapa hari untuk sanak sedara menziarahi buat kali terakhir kemudian baru dibakar mengikut agama.
macam-macam ragam dapat dilihat pada kelima-lima hari tersebut. time tu boleh la kita tengok sapa yang akan menziarahi jenazah. sapa yang akan menolong pada majlis tersebut. sebab majlis ni kita x menjemput, jadi hanya orang yang ikhlas je yang akan hadir.
even sedara yang dah convert ke islam pun still datang menziarahi datuk. jadi bagi aku tiada kebatasan agama untuk menghormati seseorang buat kali terakhir. even aku pun penah pergi ke pengebumian kawan baik yang beragama Islam. aku berdoa untuk kawan aku tu mengikut agama aku kerana aku x tahu berdoa dalam agamanya. bagi aku setiap agama sama saja iaitu untuk menjadikan seseorang manusia itu baik. jadi bagi aku tiada sempadan dalam hidup di dunia ni. hanya antara nak atau x nak aja yang memisahkannya...